TIPS MEMBELI PAKAIAN BAYI saco-indonesia.com, Bagi pasangan yang baru hendak akan menimang cahaya mata sudah pastinya sangat teruja untuk dapat membeli keperluan bayi terutamnya baju bayi. Apapun jangan sampai anda terlebih bajet kerana pakaian bayi selalunya tidak boleh dipakai dalam jangka masa yang lama disebabkan bayi akan cepat membesar. Selain itu, para ibu bapa juga harus bijak dalam membuat pilihan yang terbaik buat si manja.
Di sini kami juga ingin berbagi beberapa tip untuk para ibu dan bapa baru di luar sana untuk dapat membeli pakaian bayi:
Keselesaan
Jangan memilih dan membeli baju kerana cantik pada pandangan mata semata-mata sebaliknya fikirlah faktor keselesaan untuk si manja anda sama. Sebagai contoh; pilih lah baju dari fabrik yang berbahan lembut dan diperbuat dari kapas 100%. Selain itu pastikan juga rekaan baju tersebut terlihat longgar dan bukaan leher yang luas agar tidak mencekik.
Mudah
Pastikan juga pakaian bayi anda fleksibel dan praktikal. yaitu mudah dibuka dan dipakaikan kepada bayi. Bayi juga kerap membuang air jadi kita akan kerap menukar lampin maka seharusnya pakaian yang pakai haruslah mudah untuk dibuka dan dipakaikan semula agar bayi anda sentiasa selesa.
Kesesuaian saiz
Juga pastikan anda membeli pakaian bayi mengikut saiz yang bersesuaian. Adalah digalakkan dalam membeli saiz baju yang lebih besar sedikit dari saiz badan bayi anda. Ini sudah tentunya akan menjimatkan anda karena pakaian ini hanya boleh dipakai dalam jangka masa yang lama.
Corak dan aksesori
Tidak dinafikan kita akan mudah tertarik pada corak pakaian bayi yang comel lagi fancy itu. Jika pakaian itu telah mempunyai aksesori tertentu pastikan aksesori itu tidak terlalu sarat sehingga mengganggu pergerakan bayi anda. Jangan untuk kelihatan cantik nanti jari si comel anda tersangkut pada juntaian aksesori yang terdapat pada pakaian yang anda beli.
Tip : Jumlah pakaian yang diperlukan bayi
Di bawah ada bebrapa tip atau panduan untuk anda memilih dan membeli pakaian bayi anda agar anda tidak perlu membazir, cukup dengan cara bersederhana.
• 6 helai baju nipis tanpa lengan
• 6 helai jumpsuits
• 2 helai pakaian malam atau jumpsuits khusus dipakai pada waktu tidur
• 3 helai kemeja T
• Sehelai kardigan atau jaket (dipakai ketika cuaca sejuk)
• Sepasang topi diperbuat daripada kain kapas
• Beberapa pasang stoking
Editor : Dian Sukmawati
Distibutor Kunci Pintu original |